Apa itu MUET ???

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera 


Rata-rata ramai telah mengetahui APA itu MUET?? Saya akan terangkan juga serba sedikit apa yang dimaksudkan dengan MUET.

MUET
- (Malaysian University English Test) ialah ujian Bahasa Inggeris yang dijalankan diperingkat Pra Universiti, Matrikulasi, Asasi, Diploma dan STPM. Tujuan MUET adalah untuk mengukur tahap penguasaan bahasa inggeris pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan juga untuk mereka yang bercadang melanjutkan pelajaran ke IPT. MUET juga wajib diambil oleh pelajar-pelajar yang ingin menyambung ke peringkat Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan. 

BERAPA KALI MUET DIJALANKAN DALAM SETAHUN?

Mulai tahun 2012 Ujian MUET berlangsung sebanyak 3 Kali Setahun iaitu pada bulan Mac, Julai & November




Tetapi untuk tahun 2020 sesi ketiga telah dibatalkan atas sebab-sebab tertentu 


Bermula April 2018, MUET on Demand telah diperkenalkan berdasarkan permintaan pemohon, dimana keputusan peperiksaan akan akan diketahui selepas 3 Minggu Peperiksaan dijalankan. untuk info dan panduan MoD sila klik pautan yang diberikan dibawah untuk mendaftar.



KOMPONEN UJIAN MUET 

Terdapat 4 Jenis Ujian MUET iaitu:-

1. 800/1 (Listening/Pendengaran) - Ujian mendengar selama 30minit
2. 800/2 (Speaking/Lisan) - Ujian lisan selama 30minit
3. 800/3 (Reading/Pemahaman) - Ujian pemahaman melibatkan soalan objektif selama 90minit
4. 800/4 (Writing/Penulisan) - Ujian penulisan dalam bentuk esei selama 90minit

Markah Ujian MUET 

800/1 - (Listening/Pendengaran) - 45 Markah
800/2 - (Speaking/Lisan) - 45 Markah
800/3 - (Reading/Pemahaman) - 120 Markah
800/4 - (Writing/Penulisan) - 90 Markah

Jumlah mata penuh ialah 300 Markah manakala keputusan akan diberikan berdasarkan gred yang dinamakan sebagai Band 

Band 6 - Jumlah Markah 260-300 (sangat Bagus)
Band 5 - Jumlah Markah 220-259 (bagus)
Band 4 - Jumlah Markah 180-219 (memuaskan)
Band 3 - Jumlah Markah 140-179 (sederhana)
Band 2 - Jumlah Markah 101-139 (terhad)
Band 1 - Jumlah Markah dibawah 100 (lemah) 

Kelayakan Ke Universiti

Jika keputusan MUET berada dibawah Band 3, maka perlu mengambil semula ujian ini (repeat) bagi membolehkan anda layak untuk masuk ke Universiti. Ini kerana kebanyakan Universiti Awam menerima minima band 3 untuk layak ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.


PERLU BAYAR KE UNTUK AMBIL UJIAN INI?

Mulai tahun 2012, kadar bayaran yuran MUET adalah RM100, Manakalah MUET on Demand bayaran dikenakan sebanyak RM250 

TEMPOH SAH LAKU KEPUTUSAN MUET

Keputusan MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 April 2013, Manakala keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah Lima (5) tahun mulai daripada tarikh keputusan dikeluarkan.


Diharap perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam mencapai impian melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi. Sekiranya ada sebarang kemusykilan berkenaan peperiksaan MUET, terus sahaja ke portal rasmi > MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA<

Bagi mereka yang ingin menduduki peperiksaan atau mereka yang terpaksa mengambil semula peperiksaan ini, anda dinasihatkan untuk memuat turun segera e-book PANDUAN LULUS MUET bagi mengetahui tips lengkap lulus dengan cemerlang, Klik Gambar dibawah 👇





DAH BACA??? JOM SAMPAIKAN KEBAIKAN INI KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN, SEMOGA MANFAAT INI BERGUNA SERTA DIBERI GANJARAN SEBAIKNYA UNTUK ANDA SEKELUARGA



Comments