8 Sebab Calon MUET Gagal !

Dibawah adalah antara sebab-sebab kenapa dan mengapa ramai calon peperiksaan Malaysian University English Test GAGAL dan terpaksa ulang semula peperiksaan tersebut.




1. Calon Kurang Sedia - Ramai dikalangan calon-calon kurang atau tidak membuat persediaan awal berkenaan komponen-kompenen penting atau soalan-soalan yang bakal diuji dalam MUET tu sendiri. 

2. Sedia, Tapi Tak Faham - Calon perlu faham apakah kriteria-kriteria yang ada pada setiap kertas dan perlu seimbangkan keputusan untuk setiap kertas peperiksaan MUET. 

3. Susah - Jika calon tidak mempunyai persediaan yang tinggi, peperiksaan ini bukan mudah, calon WAJIB melakukan persiapan rapi menjelang hari peperiksaan MUET. 

4. Tiada Jalan Mudah - Kebanyakan calon menganggap MUET ini mudah, kerana jika gagal boleh ulang semula, namun tidak semudah yang disangka, untuk lulus dengan cemerlang dan berjaya memperoleh Band yang tinggi dalam peperiksaan MUET, calon PERLU tahu Teknik-teknik Menjawab Soalan dengan betul. 

5. Kurang Pendedahan - Ramai calon kurang pengetahuan dan pendedahan tentang teknik dan strategi menghadapi peperiksaan MUET menjadi salah satu sebab mengapa pelajar Universiti atau Kolej gagal dalam peperiksaan.

6. Tidak Yakin - Tidak bersedia dari segi komunikasi atau pertuturan adalah penyebab utama calon peperiksaan hilang idea semasa bercakap dihadapan panel pemeriksa.

7. Jangan Over ! - Over confident juga menjadi punca utama kegagalan calon dalam peperiksaan ini biasanya.

8. Jaga Penampilan - Penampilan diri amat penting, sehubungan itu kriteria ini harus dijaga agar tidak salah semasa ujian kertas speaking.  


SEMOGA BERJAYA 




Comments